Tuesday, December 19, 2017

Riadhah dengan bertani

Aktiviti pertanian sudah mula menjadi aktiviti riadhah kegemaran dikalangan pelajar. Mereka sudah mula belajar cara menanam dan menjaga pokok. Antara pokok yang ditanam ialah pokok pisang, pokok durian, pokok cempedak madu, pokok jambu, pokok cabai dan lain-lain. Mereka juga sudah mempunyai perancangan untuk menambah pokok yang sedia ada. Ini merupakan satu aktiviti yang baik bagi pelajar untuk mempelajari sesuatu pengalaman baru selain dari menghafal dan mengulang Al-Quran. Mudah-mudahan mereka terus maju di dalam pelajaran dan menjadi insan yang boleh berdikari di masa hadapan. Amin.



No comments:

Post a Comment