Friday, November 17, 2017

Iklan Pengambilan Pelajar Baru Sesi 2018

Assalamualaikum Wbt. Wrt.

Salam Jumaat.

Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Ilahi atas kesempatan dan peluang yang diberikan untuk terus berbakti kepada agama In Shaa Allah.

Hari ini iklan/banner berkaitan pengambilan pelajar baru telah di letakkan dibeberapa tempat di sekitar kawasan Kuala Kangsar, Perak. Terima kasih kami ucapkan kepada para penyumbang atas sumbangan yang diberi. Kami doakan mudah-mudahan Allah membalasnya dengan ganjaran yang berlipat ganda.

Kami ingin mengajak tuan puan untuk terus menyebarkan iklan ini kepada ahli keluarga, sanak saudara, jiran tetangga, sahabat handai dan kenalan. Mudah-mudahan Allah membuka pintu hati mereka untuk membantu Maahad kami ini.

Kami juga sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan dari segi peralatan, zakat, sumbangan, sedekah, infaq, amal jariah dan sebagainya untuk Maahad kami bagi melancarkan operasi Maahad kami ini.

Untuk menyumbang bolehlah melalui akaun CIMB (860-122-7538), atau terus ke Maahad kami seperti di alamat yang tertera di blog kami (Hari Bekerja: 8.00pg-11.00pg), atau hubungi Pengetua di talian 019-567 6864 (Hj. Mohamed Amin)

Sekian Wassalam.



No comments:

Post a Comment